VILLA GUMUM

VILLA GUMUM
Di bina pada tahun 2013 dengan kapasiti  dua bilik tidur dan bilik mandi yang berfungsi ala asrama untuk kegunaan pelajar-pelajar yang tinggal jauh dari sekolah untuk mengikuti kelas bimbingan malam khas untuk pelajar-pelajar tahun 6. Pembinaan Villa Gumum adalah hasil usaha penduduk kampung bersama guru-guru secara bergotong-royong. Di bina di antara dua bangunan rumah guru dengan menggunakankayu, papan lapis dan beratapkan zink. Usaha ini telah banyak membantu dan menyelesaikan masalah pelajar yang menghadapi kesukaran untuk menghadiri kelas malam terutama pelajar yang tinggal di Kg.Melai, Kg.Cendahan dan Tanjung Puput.
              Pada tahun 2017 pengubahsuaian Villa Gumum kepada binaan batu dengan dilengkapi dengan katil, tilam dan lain-lain telah memberi lebih keselesaan dan keselamatan kepada pelajar yang bermalam di situ. Ini adalah hasil usaha pihak sekolah mendapatkan sumbangan kewangan dari Empower ECER dan Universiti Malaysia Pahang (UMP). Selain dari membina bangunan baru untuk Villa Gumum, lampu solar yang dibekalkan oleh UMP turut digunakan. Sehingga kini ramai murid telah mendapat manfaat dengan terbinanya Villa Gumum di SK Tasik Cini.



VILLA GUMUM SEBELUM PENGUBAHSUAIAN




                                                                          

                          PEMASANGAN TENAGA SOLAR DI VILLA GUMUM




Comments