Posts

VILLA GUMUM

Image
VILLA GUMUM Di bina pada tahun 2013 dengan kapasiti  dua bilik tidur dan bilik mandi yang berfungsi ala asrama untuk kegunaan pelajar-pelajar yang tinggal jauh dari sekolah untuk mengikuti kelas bimbingan malam khas untuk pelajar-pelajar tahun 6. Pembinaan Villa Gumum adalah hasil usaha penduduk kampung bersama guru-guru secara bergotong-royong. Di bina di antara dua bangunan rumah guru dengan menggunakankayu, papan lapis dan beratapkan zink. Usaha ini telah banyak membantu dan menyelesaikan masalah pelajar yang menghadapi kesukaran untuk menghadiri kelas malam terutama pelajar yang tinggal di Kg.Melai, Kg.Cendahan dan Tanjung Puput.               Pada tahun 2017 pengubahsuaian Villa Gumum kepada binaan batu dengan dilengkapi dengan katil, tilam dan lain-lain telah memberi lebih keselesaan dan keselamatan kepada pelajar yang bermalam di situ. Ini adalah hasil usaha pihak sekolah mendapatkan sumbangan kewangan dari Empower ECER dan Universiti M...